23
Mar
09

Hot Air Balloon -Putrajaya

Salam.. salam….

22 March 2009, bertempat di Presint 2 Putrajaya berlangsungnya pertunjukkan Belon udara panas ataupun dikenali dengan Hot Air Balloon. Punyala ramai yang datang, mengerunkan. Aku sebenarnya tak biasa nak berpusu-pusu mcm ni, tapi sebab nak amik gambar belon punya pasal, apakan daya, terjah jugakla. Bebudak yang lain rasanya masih di masjid. Cakap beriya-iya nak amik gambar belon tapi diorang pegi amik gambar budak pompuan. ahakss.. lantak ko lah labuuuu…

crowd
antara pengujung yang bersama memeriahkan sambutan.

ayng
layang2
Pengunjung yang tidak ketinggalan bermain layang-layang

glider
glider2
glider3
Para-glider yang berlegar diruang angkasa Presint 2

belon
belon2
belon3
belon4
belon5
belon6
belon7
belon8
9
10
11
11
13
Antara belon-belon yang mengambil bahagian.

15
Belon yang paling kecil dan paling tinggi terbang.

Wakakakaka… ada 1 belon yang berbentuk gajah terpaksa melakukan pendaratan cemas di belakang rumah orang di presint 8 sebab masalah teknikal. Nasib baik juruterbang dia cekap, dapatlah landing kat atas tanah. Sikit lagi nak landing atas air. Fiiuuihhh..!!!

Begitulah sebahagian gambar2 yang dapat dirakam pada hari tersebut. Nak amik lagi tak tau la bila pulak nak datang lagi belon2 tu. Apa-apa pun.. syabas kepada Perbadanan Putrajaya yang dapat menganjurkan pertunjukkan tersebut. Cayalah…..

28
Jan
09

An evening in Putrajaya

Salam semua,

Seperti yang dijanjikan, cerita mengenai dengan photographer day out pada 24 Jan yang lepas bertempat di Putrajaya telah berlangsung dengan jayanya. walaupun yang hadir pada hari tu hanya aku, Bob, Adisa, Ikmal dan Nizam sahaja tetapi ianya tak melemahkan semangat kami utk berkumpul dan bertukar2 nasihat dan tunjuk ajar mengenai dengan teknik photografi ni.

Ini la dia Sifu pada hari tu brader Bob Rafik a.k.a BOFIK
Bob

Adisa & Ikmal sedang berbincang ‘angle’ yang sesuai sambil mengumpat pengunjung yang datang ke Dataran Putrajaya tanpa membawa kamera atau kalau bawak pun kamera kecik…. ahaksss. gurau je
ikmal

Antara pengunjung yang hadir bagi memeriahkan ‘Outing’ kami kali ini
patrons

Model-model yang dijemput bagi menjayakan Outing kali ini. Sayangnya model2 ni malu2 lak.
model

Bukan kami sahaja yang ber Outing pada hari tersebut tapi team dari Balikpapan ini juga turut serta berkampung di Putrajaya
team

Nizam @ model lelaki pada hari itu. Lambat sampai dia ni. Tu la.. aweks banyak sangat tu.
nizam

Ko skodeng aku… aku skodeng ko
skodeng

Sebahagian gambar2 yg diambil pada hari tersebut.
1
sampan
3
4
5
6
7
8

Perjalanan kami masih panjang… banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari. Dengan itu sayonara buat masa ini. Next month… Outing di hutan…. tunggu.

23
Jan
09

Retouching

Salam semua, bertemu kembali. ahaksss mcm MHI la pulak…

Ok, topik hari ini adalah photo retouching. Apa yang dikatakan dengan photo retouching ni? A ha…. ianya adalah satu konsep membaik pulih / mencantikkan lagi gambar2 yang kurang cantik tu. bukan tak cantik.. cuma kurang. Iye la, ramai juga berkata kalau amik gambar pengantin ni, “bang..bang.. nanti tolong buang jerawat kat pipi saya ni ye. semalam takde lagi, tentiba je nak bersanding je ada..” dalam hati aku ‘eleh… berangan banyak la tu.. sbb tu tumbuh jerawat’ acah je… jerawat ni kalau nak tumbuh.. tak kita masa dah.. tau-tau je dah merah menyala atas idung kan…

Ada orang juga yg berkata “alah.. kalau touch up nanti tak real.. tak original”. Memang la… kalau dah touchup.. mmg dah tak original dah.. tapi kita sebenarnya nak minimise kan kesan-kesan yg boleh memalukan pengantin tu pada masa akan datang.. takkan la jeragat tu.. nak simpan sampai tua akak oooi. At least kalau nak tunjukkan pada anak cucu esok takde la kena kutuk lelebih lak. “eh nenek, kenapa muka nenek mcm muka bulan je.. nenek tak tau kena masa zaman nenek dulu tu dah ada teknik rebonding.. eh silap lak.. teknik retouching. kenapa nenek tak buat mcm tu?” “nenek bukan taknak buat, tapi atuk ko tu dulu yang beriya-iya nak kekalkan keaslian wajah suci nenek ni” Dia ckp macam tu sbb atuk dah takde.. boleh la salahkan atuk dia.. ahaks…

So, teknik retouching ni ada Pro & Cons. Kalau suka, boleh buat. kalau tak suka.. boleh la kekalkan wajah asli tu.

Teknik retouching pun ada yang ‘over do it’ ada yang ‘subtle’ dan ‘simple’. So, terpulang pada yang empunya badan.

Ini sebahagian contoh teknik retouching.

before
after

b4
after

Any comment are welcome.

Ciaooo!!!

22
Jan
09

Custom / Magazine / e Album

Salam semua.

Atas permintaan ramai dari potential customer, diorang nak tgk mcm mana rupanya custom album yang selalu orang duk sebut tu terpaksalah aku masukkan dalam blog aku ni supaya diorang boleh tgk dengan lebih dekat lagi mcm mana rupanya custom album dan Magazine album tu.

Custom album
1
2

Magazine album
3
4

Anggaran harga ;- (bergantung kepada kesukaran edit gambar)

5X7 (5R) 20* pages = RM280.00
8X12 (8RE) 20* pages = RM450.00
10X12 (10R) 20* pages = RM550.00
12X16 (12R) 20* pages = RM750.00

*nota- Additional charges akan dikenakan bagi setiap penambahan muka surat.

So, kepada yang berminat boleh la menghubungi saya di talian 019-3487620 atau khairiarif@gmail.com bagi mendapatkan harga yang berpatutan.

22
Jan
09

Macro/Wide Angle Adapter Lens

Recently aku ada beli Macro/Wide angle adapter utk Nikon aku. Mulanya aku sceptical gak ngan benda alah ni, tapi bile aku dah cuba.. wow!!! menakjubkan. kira OK la kalau nak compare ngan harga dia yg tak seberapa tu. Masa aku beli tu RM150.00. Kira masih boleh tahan lagi kalau nak compare ngan Nikon 10mm WIde angle tu yang harganye +-RM2600.00.

Adapter ini ada size dia. since pakai 52mm punya lens terpaksa la beli yg 52mm punya adapter gak. aku tak sure sama ada size dia various ke tak. itu kena tanya tuan punya kedai la ye.

Ini sebahagian dari contohnye.

Macro Ori

Macro Ori

macro ori

Kalau berminat boleh la melayari laman2 web yg menjual barangan ini secara online.Keyword = macro adapter lense.

15
Jan
09

Photographer day out

Salam semua,

24hb Jan ni nanti aku dan kenkawan nak outing sambil bergambar. Putrajaya menjadi pilihan untuk kali ini. Masa mungkin dari 5 petang hingga 8 malam. Tujuan outing kali ini adalah untuk belajar teknik2 night photoshoot. Lokasi mungkin sekitar masjid dan jambatan wawasan. Kalau takde aral, aku, Bob, Hafiz, Ikhmal, DJ, Elmi dan Nizam akan berjumpa di sana. tunggguuuu…..

tunggu hasilnya nanti…..

13
Jan
09

A picture can speak a thousand words

One picture speak a thousand words

Salam semua,

Sessi photo shoot ini dibuat pada 9 Januari yang lepas. Pasangan ini berasal dari Siam Perlis akan melangsungkan perkahwinan pada March akan datang. Ini sebenarnya pre-wedding photo shoot.

Pau ling ling @ Pauline ni cina/siam Perlis bersama pasangannya Anuk memang sporting masa photo shoot ni. Asyik gelak je. Sepatutnya photo shoot ni bermula pada pukul 4 petang tapi sebab terlewat make up (make up artist sesat) maka jadualnya di tangguhkan ke 5.30.

Photo shoot bermula di atas bukit Putrajaya, dapat lebih kurang 15 shot sebelum hujan. Lepas tu beralih ke dataran Putra Perdana. Dapat 20 – 30 shot beralih lak ke dataran putra lak. Lepas tu Pauline tukar baju. Amik lagi dalam 20 – 30 shot.

Lebih kurang kul 7.40 malam kami beralih lak ke Jambatan Wawasan. Tapi hari dah gelap terpaksa gunakan 2.5/100 shutter speed, tapi masalahnya subject tak boleh nak gerak langsung, otherwise mesti blur punya. Because of the lack of light, terpaksa 1 scene kena amik 3 or 4 shot. Kat atas jambatan tu dapat la amik 30-40 shot. itu pun sbb banyak yang tak jadi.

Kul 8.20 bergerak ke PICC. Ingatkan nak berenti kat depan POJ, tapi scene tak menarik lak waktu malam ni. So, bergerak ke PICC atas jambatan kubur. (aku pun tak tau kenapa org putrajaya panggil jambatan kubur, mungkin mcm batu nesan kot tiang-tiang dia tu). Kat sini aku dapat amik lebih kurang 40-50 shot. tapi yang paling best sekali adalah scene “intimate kissing”. Since Pauline and Anuk ni bukan muslim aku ok je. Tapi diorang lak yang malu. So aku kena gunakan remote control bagi nak shoot adegan ‘panas’ ni. ahaksss… lebih kurang 20 shot juga utk dapat yg decent gambar kissing ni. Cemolot lagi tu.. wakakakaka…

Aku wraps up dalam kul 9.45. Gedebak gedebuk balik kul 10.30 malam gak. Letih giler la pulak… dah la aku baru bercuti duduk rumah selama 2 minggu, sekali terus dapat job ni. mau rasa mcm nak patah kaki ni. tapi.. apa pun.. aku seronok. Sbb buat keje ni mmg hobi aku.

So, kepada yang nak tgk hasil keje tangan aku sila ke sini




Blog Stats

  • 295 hits
August 2017
M T W T F S S
« Mar    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Untuk melihat hasil kerja sila ke http://khairies.fotopages.com

Flickr Photos